Wednesday, July 22, 2009

Cerita Isra' dan Mikraj dan Kebakaran: Part II

~sambungan~

Maka sabda Rasulullah SAW:
"Bahawa sesungguhnya telah aku lihat pada malam Mikraj, beberapa perempuan daripada umatku di dalam seksa yang amat sangat. Maka sangatlah salah pekerjaan mereka itu. kerana itulah yang menyebabkan aku menangis kerana keadaan mereka yang tersangat seksa."

Berkata Sayyidina Ali RA:
Ya Rasulullah, bagaimanakah engkau lihat keadaan mereka itu?"

Maka sabda Rasulullah SAW:
"Telah aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya dan:

Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya dan:

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung dengan kakinya pada hal terikat lagi terlipat dan telah mengeluarkan segala malaikat yang menyeksa itu dengan dua tangannya daripada pihak belakang lalu dilumurkan minyak tanah pada badannya dan dituangkan air panas ke dalam lehernya dan:


Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya. (Ada pun buah zaqqum itu adalah buah kayu di dalam neraka yang amat pahit dan apabila memakan mereka itu akannya, nescaya menggelegak (mendidih) segala isi perut mereka itu, dan otak dan gusi mereka itu dan keluar lidah apinya daripada mulut mereka itu) dan:

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung pada hal memakan ia akan daging dirinya manakala api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya: dan:

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung lagi menambat segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambat dua susunya pada ubunnya dan dijadikan atas badanya keadaan itu beberapa ekor ular dan kala hal keadaan memakan ia (ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia (perempuan) akan darahnya;


~to be continued~



Cerita 2: KEBAKARAN

Nampak gayanya dah 2 kali berturut kejadian kebakaran kat sini. Hari tu kat bilik MPV, kali ni pulak di level kelas khas, bangunaan bersebelahan dengan blok bilik MPV. Kami diarahkan oleh pihak JKR supaya mengosongkan bilik-bilik yang ada main suis. Makanya, bertungkus-lumuslah kami anak beranak mengemas almari, kotak-kota apa yang patut...punya la banyak.......aku dalam kelas K Ton dengan kak Yati menunggu barang-barang sampai...tapi sebelum tu aku dah berbau something...terus..

Me: Kak Ton, bau apa ni....macam benda terbakar jer
K Ton: Entah, tak bau pun (punya la kuat K ton kata dia tak bau...mushkil ni)
K Yati: Ya la, apa dia yer
Anisah: Welding la...
Kami: Oooooo welding rupanya

So kami pun teruskan la usaha murni mengemas, mengatur semua benda until:

K Yati: Ya allah Ton, terbakar dah......

Ropenya, dalam kami dok kalut-kalut angkut barang sana-sini, K Yati terpandang atas.....asap putih dah berkepul-kepul keluar dari lampu syiling....hmmmmm itu rupanya. Apa lagi.....KELUAR SEMUA.....(suara aku yang tak payah guna speaker, suara yang dah semula jadi speaker Dolby System)

Kalau keadaan macam ni berterusan lagi, mau pitam kami sorang-sorang.....

~The End~


1 comment:

Anonymous said...

skang ni dgr loceng nak pegi rehat pun...aku phobia huhuhu.....
~ayuz@fae~