Wednesday, August 19, 2009

Sensitive nya tiba-tiba .............

Hari ni, tak semena-mena aku menangis macam tak makan setahun. Selalu aku ni boleh di ajak bergurau....apa-apa pun boleh la nak gurau ....tapi tadi memang aku terasa sangat....sebab apa aku sendiri pun tak tau....kakak-kakak ngan adik-adik semua heran sebab selalunya aku tak macam tu.........last-last makan tak habis sebab terlalu sedih yang amat sangat.....menangis teresak-esak kat bahu Fae.....

*tq Fae for lending me your shoulder to cry on*

Sunday, August 16, 2009

Langkawi Trip.....Part 1

Sebagai memenuhi janji-jaji saya to Miss Qistina, I will update my recent trip to Langkawi. Trip ni bukan dengan my family, tapi with my students. Bila kita keluar on a field trip macam ni, banyak lah kisah-kisah menarik yang berlaku sepanjang 3 hari 2 malam kami di sana. I will break the updates into two parts, and I hope readers will enjoy reading it as much as I enjoyed this trip...

Day 1.....

~ Trip kali ni kami naik keretapi tidur. Before this, my students' have travelled by air and by bus, so we wanted to see how they retort when we changed moods of transportation gini. Kami berkumpul kat KL Central around 6 pm, sebab train leaves at 8.00 pm. Our dinner was sponsored by McD, terima kasih daun keladi, harap tahun depan ada lagi. Gerabak kami S2, memang kami mintak pada KTM to put us all together, sebab senang tak tengok bebudak ni sapa yang MIA. Masa memula nak naik train memang kecoh sikit, sebab bukan kami jer yang nak naik. Ramai orang and the trains tak tunggu lama. Nasib baik every trip my students' pakai baju t-shirt sama colour, so mana-mana budak kami yang lost in space can be spotted from afar. Each and everyone of us has 2 name tags which tied to our bags. Beg yang paling besar sekali beg Cikgu Anisah...tapi pasal beg ni nanti ada kisahnya....

Students in orange, teacher in blue

Anisah, making sure the students are comfortable in their beds...
Malam tu students memang tak tidur, over excited as always. We have to 'paksa' them to go to sleep. I memang dah lama tidur sebab makan ubat tahan muntah...teruk betul..


Katil atas rupa macam dalam kapal selam ...

Anisah, tumpang posing katil sapa ntah....yang nampak kasut merah tu Fairuz...

Fairuz @Butterworth ( masa ni I was fast asleep)

Fairuz and Cik Nor in the morning before arriving in Arau

Anisah and Syawal

Our own photographer, Margie...posing ala-ala Kajol


Day 2..
~ We arrived in Arau around 8.00 am, get our things together and went to eat breakfast before embarked to jeti Kuala Perlis..


The students: Clockwise: Nawar, Amin, Shafiq B, Muhaimin, Hisham, Che Iqmal, Efazly, Shukry, Hashim, Shafiq F, Hajar, Amir, Firdaus, Syawal, Izdiyad, Md. Noor, Najwan and Yusry

Front Row: Hidayat (our male teacher yang ikut), K Ton, K Khamisah, K Kiah, Romah, K Hazimah, Aya
Back Row: Margie, Fairuz, K Kam, Anisah, Me, Cik Nor & Azizah

Me: Aya belum ready lagi Margie dah snap gambar...
Fairuz: Wei K Min, Margie ada dalam gambar la, tak kan tetiba Margie ada belaan kot
Margie: Hei Min, it wasn't me la, Syawal took the picture
Me: Sorry Margie, I confuse you ngan Syawal...(boleh?)
Aya: Aku ingat ada kerusi kat belakang....

From left: Anisah, Me, Cik Nor & Fairuz

After having breakfast (nasi lemak daun pisang and roti canai), our ride pun sampai. It took us about 30 minutes to reach Jeti Kuala Perlis. I was feeling a bit dizzy and mengantuk yang amat sangat while waiting for the boat at the terminal.

Kak Ton: Lepas ni kita buat trip 4 hari 3 malam naik Star Cruise pulak.
Fairuz: Ada yang keje dia tidur 3 hari 3 malam sebab makan ubat tahan muntah ni...

Dalam boat ke Jeti Kuah....yang front row in the middle tu Cikgu Hidayat. We only have two male teachers, so kali ni Hidayat kena follow sebabnya students lelaki ramai, girls ada 2 orang jer...where have all the male species gone..I wonder..

After s speedy boat ride, (nasib baik boat ni laju, kalau tak harus aku muntah) kami pun sampai ke Jeti Kuah. Bas dah sedia menunggu and kami terus menuju ke destinasi penginapan iaitu Nadia's Inn, Pantai Cenang. Boleh tahan la jugak accomodation kat situ, tapi I nasihatkan kalau pergi with family, stay kat tempat lain and rent a car to move about.


Bila kami sampai, the hotel receptionist kata, hari ni cuaca baik. It has been raining heavily for the past two days. Ni kira nasib kami baik sebab kedatangan kami ke Langkawi di sambut dengan cuaca cerah dan terang. Anisah uruskan bilik kami masing-masing, and I got to stay with K Ton and Romah. After we settled in, we changed clothes and turun for lunch. Since kami kebulur yang amat sangat, semua makanan nampak sedap.Tapi memang sedap...




That's it for Part 1 updates, Part 2 esok lusa pulak yer....



Saturday, August 15, 2009

Science and Solat

Profesor AS akui solat berjemaah tersirat aspek sains fizik
Oleh Wan Marzuki Wan Ramli

SEORANG profesor fizik di Amerika Syarikat (AS) membuat satu kajian kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Berdasarkan kajiannya, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan. Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan, menyebabkan kita berasa letih dan lesu selepas melakukan kegiatan seharian.

Oleh itu, cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal. Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan dalam minda beliau, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.Hasil kajiannya mendapati, bilangan rakaat berbeza dalam solat bertindak menyeimbangkan cas dalam badan kita.
Ilustrasi: Caj +ve dan -ve Dalam Badan

Ketika solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan yang dianjurkan ketika solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan.Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan di kanan kita, akan menstabilkan kembali cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam tubuh kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita. Beliau berkata, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar dan sihat selepas berehat beberapa jam.

Ketika ini tubuh kita mengandungi cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas supaya keseimbangan tubuh badan yang penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.
Seterusnya, selepas sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh badan yang sudah digunakan. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan memulihkan keseimbangan cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang lebih kepada proses pertukaran cas di dalam tubuh. Keadaan sama turut berlaku pada sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ia menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.

Seperti solat Zuhur, empat rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama. Lazimnya, selepas waktu Asar, kita tidak lagi melakukan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya.

Timbul persoalan dalam fikiran profesor itu mengenai solat Isyak yang dikerjakan sebanyak empat rakaat. Secara logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan kegiatan dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak. Selepas kajian lanjut dilakukan , didapati ada keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat di dalam solat Isyak.

Kita sedia maklum, umat Islam digalakkan tidur awal supaya mampu bangun untuk menunaikan tahajud (sembahyang malam) pada sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun pada waktu malam untuk beribadat (qiamullail).Dalam kajiannya, beliau mendapati bahawa Islam adalah agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau berasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam semesta ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Thursday, August 13, 2009

Zee Avi's 'Kantoi Sing Along'

Al-Fatihah


Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Asri B. Ibrahim (Rabbani)yang menemui Allah sebentar tadi.

Saturday Nite Life @ Studio Cafe

Sat, 8 August, 2009

Last week, Riz-Angels committe and ad-hoc were having a small gathering at Studio Cafe Wangsa Maju. Cafe ni Zahid AF2 punyer, dan lokasinya memang sesuai, small corner at the end of the building. Interior memang class, with a small space kat hujung cafe for an artist life performance. Malam tadi giliran Amylea buat show. Suara dia memang best, since dia pun dah biasa buat life performance. Sepeti biasa, Angah and Love Anis along with Lan Daniel and Liza arrived early. Nomod pun ada gak. Then Liea sampai ngan Muzlia, after that baru Jaja and myself tiba. Kebetulan malam tu ada surprise birthday celebration untuk Lan Daniel yang ke 19, kata Amylea. Amylea was sporting enough to sing for Lan. Bertuahnya badan, tapi Lan shocked, sebab dia tak sangka ada surprised untuk dia that nite. We enjoyed ourselves very much. The food and drinks were quite delicious. However, Muzlia and I have to leave early since Bada dah book movie tickets. So next time guys, kita buat gathering lagi macam ni, memang best....


Amylea performing life


From left: Liea, Love Anis, Me, Jaja & Muzlia

Amylea and us


Me and Lan

Birthday boy with his cake....notice macam mana Lan pegang pisau kek tu....menakutkannnn

Jaja and me



*Darling Angah, terima kasih daun keladi for the pix, H 'curi' from your fb...hehehehehe...*























Tuesday, August 11, 2009

Congratulations!


Congratulations to my ex-student Niza and husband Aidil Fadzli (Aidil ni punyer la suka ngan Niza since primary school lagi)
on their newborn second baby girl
BORN 11th AUGUST 2009

Sunday, August 9, 2009

Jamal in the News

Pancaindera, Mingguan Malaysia 9 Ogos, 2009

Jamal memercik nostalgia


SEGMEN muzikal memberikan sisi baru kepada persembahan pada peminat yang hadir.


Tiga dekad menyusuri bidang seni bukanlah satu jangka masa yang singkat. Tidak banyak artis yang mampu memanjangkan laluan mereka dalam seni sebegitu lama. Malah dalam tempoh masa itu juga pelbagai suka dan duka melingkari hidup yang menjadi pengalaman amat berharga.

Demikianlah liku dan jeram yang dilalui oleh penyanyi Jamal Abdillah, lahir melalui Bintang RTM yang sehingga kini terus tegap di tengah persada seni.

Penat lelah menyanyi dalam tempoh masa itu berbayar apabila Jamal menzahirkan persembahan Jamal... Kembara Seniman di Istana Budaya (IB) bermula 5 Ogos dan berakhir malam ini.

Tidak semua insan seni bernasib baik. Sama seperti kisah hidup Jamal yang sering kali dilingkari belitan hitam berulang kali. Tetapi Jamal tidak tunduk kepada persekitaran yang boleh membunuh karier yang dibina sejak menjuarai Bintang RTM 1979.

Konsert ini lebih bersifat teaterikal, selain nyanyian oleh Jamal. Konsep persembahan dibina sedemikian rupa untuk memberikan kesan kepada penonton tentang perjalanan hidup dan kerjaya Jamal. Sekalipun bukan sebuah muzikal tetapi konsert ini memperlihatkan keunikan persembahan, kekuatan Jamal dan sokongan Istana Budaya dan juga Kumpulan Utusan sebagai media rasmi.

Segala yang terbuku di hati penyanyi ini diluahkan di pentas Istana Budaya sehingga ada penonton mengalirkan air mata. Inilah kelebihan Jamal. Tetap diterima oleh peminat walau apa juga keadaannya.

Konsert Jamal... Kembara Seniman merupakan anjuran Bintang Channel ini adalah yang kedua di Istana Budaya selepas konsert Jamal Abdillah Aku Penghibur sedikit masa lalu.

Penonton terbuai dek senandung dari suara mantap Jamal, ada kala begitu mendayu-dayu sehingga mampu membuatkan penonton terpercik rasa hiba dan mengalirkan air mata.

Kehebatan Jamal memang tidak boleh disangkal lagi dengan rangkaian lagu-lagu yang 'membesarkan' jutaan peminatnya sejak 30 tahun yang lalu.

Persembahan pada malam tersebut dibahagikan kepada dua segmen di mana segmen muzikal mengimbau kembali sejarah hidup penyanyi tersohor itu ketika kecil sehinggalah menjadi penghibur popular.

Dalam segmen konsert, penonton dibuai dalam emosi dengan lagu-lagu yang pernah dipopularkan olehnya sepanjang bergelar anak seni.

l Muzikal hidup Jamal

Selepas 10 tahun berdirinya Istana Budaya, belum ada lagi artis yang membuat persembahan di situ yang melakukan konsert yang bercorak teaterikal. Inilah kelainan yang dilakukan oleh tenaga produksi dalam persembahan tersebut.

Biarpun ada yang melihat muzikal tersebut sebagai sesuatu yang meleret-leret, apa yang pasti ia menyingkap kembali sejarah hidup raja pop itu yang tidak diketahui umum.

Penonton dibawa ke zaman kelahiran Jamal yang sering menangis sewaktu kecil sehinggalah babak zaman remaja di mana ramai yang memperlekehkan bakat menyanyi yang ada pada dirinya sewaktu kecil.

Babak pasar minggu di Teluk Anson, Perak begitu mencuit hati apabila Jamal yang mahu menyanyi terpaksa membayar duit kepada pemuzik sambil mendendangkan lagu Pesona Dusta.

Apa yang paling menarik penonton dibawa mengimbau kenangan tahun 1979 apabila klip video Jamal membuat persembahan semasa menyertai Bintang RTM dengan lagu Senandung Semalam.

Langkahnya tidak terhenti setakat itu sahaja sebaliknya diteruskan dengan zaman kegemilangan, konflik bersama Ahmad Nawab, transisi bintang popular dan menghadapi peminat fanatik. Paling menyentuh perasaan apabila Jamal bermonolog dengan dirinya mengenai nasib penghibur sepertinya yang sering kali diburu emosi apabila duduk bersendirian.

Sambil memandang cermin, Jamal melihat sendiri wajahnya. Selama berpuluh-puluh tahun menghiburkan peminat, siapa pula yang menghiburkan dirinya?

Memang menyentuh perasaan apabila babak itu dipertontonkan kepada umum. Itulah harga yang perlu dibayar oleh penghibur sepertinya seumur hidupnya.


RAJA pop ini masih mampu bertahan selama 30 tahun menyusuri ranjau dan onak duri dunia seni.


Malah ada yang sempat berbisik, pejamkan mata dan rasai sendiri nyanyian Jamal pada malam tersebut. Sedikitpun tidak pernah berbeza daripada nyanyian dalam kaset mahupun CD penyanyi itu.

Inilah kehebatan Jamal. Biarpun semakin meningkat usianya, namun persembahannya semakin matang. Beberapa segmen mengisi slot konsert dimuatkan lagu-lagu medley termasuklah raja pop, mengenang P. Ramlee, lagu Melayu Deli dan segmen akhir yang diselangselikan dengan lagu duet.

Jamal tidak menunjukkan masalah biarpun berduet dengan Erni, Jo-Anna dan Fatin yang cungkil bakat daripada program Bintang RTM 2009 baru-baru ini. Lagu Kehebatan Cinta dan Sandarkan Pada Kenangan yang pernah dipopularkan bersama Francisca Peter dan Fauziah Ahmad Daud satu ketika dahulu membuatkan penonton yang hadir pada malam itu semakin teruja.

Biarpun Fauziah menarik diri daripada menjadi pengarah segmen muzikal, semua itu langsung tidak memberikan masalah kepada Jamal untuk terus memberikan yang terbaik khususnya kepada peminat.

Hadirin yang ada bagai tidak dapat menahan emosi apabila mendengarkan lagu Barang Yang Lepas Jangan Dikenang yang didedikasikan kepada arwah ayahnya yang selama ini menjadi sumber inspirasinya.

Panggung Sari Istana Budaya sunyi seketika takkala mendengarkan bait-bait lirik yang menyentuh perasaan. Jamal sesekali menyeka air mata yang tumpah.

l Teruja sambutan peminat

Melihatkan sambutan yang diterima sepanjang lima hari persembahan berlangsung, Jamal tidak dapat membendung rasa terharu dengan sambutan yang diberikan oleh peminat.

Ketika ditemui, Jamal melahirkan rasa syukur apabila segala yang dirancang selama ini membuahkan hasil, hampir semua tiket berjaya dijual.

"Saya sangat menghargai sokongan dan bantuan yang telah diberikan oleh pihak Istana Budaya dan Kumpulan Utusan bersama-sama dengan penaja yang lain. Mereka tidak pernah putus-putus menghulurkan apa juga bantuan kepada Bintang Channel selama ini.

"Melihatkan reaksi penonton yang ada pada setiap malam, saya sangat berpuas hati kerana dapat menghiburkan mereka. Sebab itu saya bersungguh-sungguh memberikan yang terbaik kepada mereka," kata Jamal lagi.


PERMATA hati...Jamal bersama anaknya, Osama Yamani (kiri) dan Ahmad Zaki Yamani (kanan).


Dalam persembahan tersebut hampir 40 buah lagu didendangkan lagu penuh dan medley menjadikan persembahan itu benar-benar memberikan kesan kepada peminat.

Katanya, banyak paparan di sebalik kehidupannya didedahkan dalam persembahan tersebut memandangkan perkara tersebut masih lagi tidak diketahui umum.

"Bukan tujuan saya memaparkan kisah hidup saya untuk meraih simpati. Tujuan saya memaparkan kisah tersebut sekadar mahu berkongsi suka dan duka yang sudah saya lalui sepanjang bergelar anak seni.

"Tidak ada istilah meminta-minta dalam hidup saya. Walaupun sesetengah pihak tidak sudi menghulurkan bantuan, ia tidak sesekali akan menjejaskan usaha yang selama sudah saya laksanakan.

"Selagi saya masih hidup saya tetap akan menghiburkan orang ramai," jelas Jamal lagi.

Kesan daripada persembahan tersebut, sudah ada pihak daripada Singapura yang ingin membawa dia membuat persembahan di Kota Singa itu.

Biarpun tawaran yang dikemukakan itu masih belum ada hitam putihnya, Jamal begitu berbesar hati seandainya perkara tersebut bakal menjadi kenyataan.

"Saya sangat gembira sekiranya perkara tersebut menjadi kenyataan. Ini bermakna orang masih lagi nampak bakat yang ada pada diri saya," katanya.

That Is Why I Love Him.....

Friday, 7th August 2009 ~
If you asked me who is my favourite male singer, he will forever remain on top of my list, and if you have the chance to watch his life concert, do not miss it because you will be mesmerized by his strong yet powerful voice. His passion has always been music and you can feel his passion in his songs. Jamal....Kembara Seniman marked the 30 years his involvement in music. I had a chance to catch his life performance at Panggung Sari Istana Budaya on 7th August, 2009 at 8.30 pm. (Datuk Siti and husband pun ada, along with Datuk Ahmad Nawab). Only one word to describe the night...SUPERB! He sang 30 songs altogehter, including medley number by Tan Sri P. Ramlee and Datuk Ahmad Nawab). Here is one of my favourites and he did sing this number that night...



*Bada, terima kasih daun keladi*



Congratulations!

Congratulations to Khairiah @ Ayong and husband Azizul on their first newborn baby boy
MUHAMMAD THAQIF
BORN 7 th AUGUST, 2009.....
Wah cantik IC number.....090807-10-.......(7/8/09)

Tagged by Muz

1. Nama timangan anda......
Actually tak der la pulak nama timangan ni......just my sisters and brothers called me Kak Inah. my nieces and nephews panggil Ayong....yang umur setahun setengah tu panggil ayam....

2. Anda seorang yang .......
Introvert. I don't like being in the company of so many people...merimaskan, that is why I tak suka g pasar...saya pandai simpan rahsia, suka pendam perasaan..... suka tolong orang sampai kadang-kadang pertolongan itu menyusahkan diri sendiri....

3. Insan yang teristimewa.....
My family, my dear friends, my nieces and nephews.....Qistina......sapa lagi yer....I think you know sapa la Muzlia....

4. Lagu kesukaan.........
All songs by our own King of Pop, Jamal Abdillah.....Anuar Zain's slow number and of course...the one and only rising star second single 'Bermula Semula'....Idris.....(kalau tak kenal p tanya Muz..hehehehehe)

5. Makanan kesukaan.....
Yang Mak Hajah masak semua sedap.....Italian food.....udang....udang....udang.....

6. Sikap yang buat anda stress.....
Sambung keje orang yang tak siap, esok nak buat hari ni baru bagi tau, people with disparaging attitude....

7. Warna kegemaran......
All colours......tapi la ni kena lebihkan warna hitam.......

8. Benda yang mesti ada dalam beg.....
Wah, sesapa tengok dalam beg saya mesti pitam.....pen, lipstick, face powder, tisu, handphone, kunci kete, wallet, chewing gum, perfume, hand and body lotion...and the list go on...

9. Kali terakhir anda menangis....
Masa tengok citer Talentime kat ABO Astro Channel 952 ....

10. Tag untuk 6 rakan anda....
First time nak tag ni......Liea, Jaja, Hidayat, Hana, Ate Reezy, Love.....

A Brief Meeting With Amoy

29 July, 2009 ~ Wednesday

During my recent trip to Langkawi, I had a brief meeting with Amoy and her cute and adorable second son, Hfiy.(Anak sulung Amoy p mengaji time ni, so she has to cut the meeting short). Amoy is my cyber friend and has been staying in Langkawi for almost five years. She is married and her husband is currently working as a chef at Westin Hotel, Langkawi. We have known each other for almost 3 years and it was our first meeting. Hopefully next time boleh jumpa Amoy lama sikit...

Amoy and her adorable son

Friday, August 7, 2009

Today

At 12hr 34 minutes and 56 seconds on the 7th of August this year, the time and date will be 12:34:56, 7/8/9 = 123456789.....hmmmmmm

Wednesday, August 5, 2009

A Very Special Gift

About two weeks ago, my student Amira gave me this. You know, being a teacher ni banyak cabarannya, lebih-lebih lagi bila kita ngajar murid zaman cyber ni. Apa yang penting for a teacher is that each of her students jadi insan yang berakhlak mulia, hormat menghormati and menafaatkan ilmu yang dah di beri. So, when Amira came into the staff room that day and hand me this, I was dumbfounded, but at the same time, very proud of her. Tiada apa yang lebih membanggakan seorang guru itu apabila muridnya menghargai seorang insan bergelar guru walaupun dengan ucapan "Terima Kasih Cikgu".

Pergi

1st August, Sat. 2009 ~ I missed the opportunity to watch Talentime movie by the late storyteller Yasmin Ahmad at the theater. So I tengok cerita ni kat Astro Box office Channel 952. I was taken with all of her movies soudtrack and dalam film ni, semua lagu best-best belaka. Before this, I dengar jer lagu Aizat 'Pergi' in Bahasa Melayu, but never had the chance to fully listen and indulge in the movie itself. Apart from Aizat's version of I Go by Pete Teo, (English version) another poignant number is O Re Piya by Rahat Fateh Ali Khan and Angel , by Atillia. Malaysia, whether we realized it or not, has just lost one icon it can be proud of. But, her legacy lives on.





Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari
Kau pergi....pergi...
Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya ku lupa
Apapun kata mereka
Biarpun kenangan berbunga di ranting usia


Tuesday, August 4, 2009

Kyun's Birthday

2nd August, 2009 Sunday- It was Kyun's 16th birthday celebration and we were all invited. We went to Auntysms's place in Sentul for the birthday celebration. Located by the Pelangi Condo's swimming pool, the event macam majlis nak sambut menantu. Hebat dengan khemah bagai, and bak kata Angah, meriah macam majlis kawin. Tapi knowing Aunty, tu perkara biasa. Muz, Liea and Tun were there earlier. I came around 3 pm and Abg Bad, Diddy along with singer/songwriter Nur Fatimah were among the early birds.


The food were marvelous. Banyak giler. Ada BBQ lamb, chicken wings and sausages, my favourite pulut kuning, kuih seri muka, nasi lemak, agar-agar and refreshments yang ikut theme colour: pink. Tapi yang paling best sekali is sambal tumis udang........sedaapppp walaupun pedassssss..... Terima kasih daun keladi Aunty....

Angah and Wien arrived later that evening, but I have to leave early sebab kepala sakit rasa macam nak pecah. Yeop datang beriring dengan Frizz and geng around 6.30 pm.

Apa pun, to Kyun, your 16th birthday wishes came true. Enjoy dear sister for you only get to be 16 once. Happy birthday Kyun and many happy returns.

Birthday girl

Diddy and Nur Fatima

Monday, August 3, 2009

Like Mother Like Daughter....

Before I tell my experiences with my friends and students in Langkawi, I have something else to share...

I OWE MY MOTHER

1. My mother taught me
TO APPRECIATE A JOB WELL DONE
"If you're going to kill each other, do it outside, I just finished cleaning"

2. My mother taught me
RELIGION
"You better pray that will come out of the carpet"

3.My mother taught me about
TIME TRAVEL
" If you don't straighten up, I'm going to knock you into the middle of next week!"

4. My mother taught me
LOGIC
"Because I said so, that's why"

5. My mother taught me
MORE LOGIC
"If you fall out of that swing and break your neck, you're not going to the store with me "

6. My mother taught me
FORESIGHT
"Make sure you wear clean underwear, in case you're in an accident"

7. My mother taught me
IRONY
"Keep crying and I'll give you something to cry about"

8. My mother taught me about the science of
OSMOSIS
"Shut your mouth and eat your supper"

9. My mother taught me about
CONTORTIONISM
"Will you look at that dirt on the back of your neck!"

10. My mother taught me about
STAMINA
"You'll sit there until all that spinach is gone"

11. My mother taught me about
WEATHER
"This room of yours looks as if a tornado went through it"

12. My mother taught me about
HYPOCRISY
"If I told you once, I've told you a million times. Don't exaggerate!".

13. My mother taught me the
CIRCLE OF LIFE
"I brought you into this world, and I can take you out"

14.My mother taught me about
BEHAVIOUR MODIFICATION
"Stop acting like your father!"

15. My mother taught me about
ENVY
"There are millions of less fortunate children in this world who don't have wonderful parents like you do".

16. My mother taught me about
ANTICIPATION
"Just wait until your father gets home!"

17. My mother taught me about
RECEIVING
"You're going to get it when you get home!"

18. My mother taught me about
MEDICAL SCIENCE
"If you don't stop crossing your eyes, they're going to get stuck that way"

19. My mother taught me about
ESP
"Put your sweater on, don't you think I know when you are cold"

20. My mother taught me
HUMOUR
"When that lawn mower cuts off your toes, don't come running to me"

21. My mother taught me
HOW TO BECOME AN ADULT
"If you don't eat your vegetables, you'll never grow up"

22. My mother taught me
GENETICS
" You're just like your father"

23. My mother taught me my
ROOTS
"Shut the door behind you. Do you think you were born in a barn?"

24. My mother taught me
WISDOM
"When you get to be my age, you'll understand"

25. My mother taught me about
JUSTICE
"One day when you have kids, I hope they turn out just like you"

~There you have it. Dalam banyak-banyak tu, yang selalu I kena nombor 11, but for my brother and sisters, I rasa yang betul-betul kena batang hidung depa is number 25, hehehehe~

:Article credited to Ate Reezy: Salamat ate, miss na miss kita: