Tuesday, July 28, 2009

Langkawi Trip!

This is the second time I am leaving for Langkawi via train. The train leaves tonight at 8 pm and will spend 4 days and 3 nights there. See you guys when I get back...

Monday, July 27, 2009

Rahsia Di Sebalik Bulan Kelahiran dan Pasangan.....

Kalau anda dilahirkan pada 1hb, 10hb, 19hb, 28hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no. 1
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

Kalau anda dilahirkan pada 2hb, 11hb, 20hb, 29hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no. 2
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan.. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

Kalau anda dilahirkan pada 3hb, 12hb, 21hb, 30hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no. 3
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

Kalau anda dilahirkan pada 4hb, 13hb, 22hb, 31hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no. 4
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang.. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

Kalau anda dilahirkan pada 5hb, 14hb, 23hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no..5

Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang kelakar di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

Kalau anda dilahirkan pada 6hb, 15hb, 24hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

Kalau anda dilahirkan pada 7hb, 16hb, 25hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no. 7
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no..2.

Kalau anda dilahirkan pada 8hb, 17hb, 26hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no..8
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah.. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

Kalau anda dilahirkan pada 9hb, 18hb, 27hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

~credit to frizz's~



Saturday, July 25, 2009

Jericho Rosales: Denies Reconciliation With Heart Evangelista

Jericho Rosales

~Full text in Tagalog available at Phillipines Entertaiment Portal~

*Nasib baik Jericho aka Echo ni move on since his split -up with ex-gf si Heart Evangelista. Bila ditanya whether he still pinning for Heart, Echo said dia masih anggap Heart is very very special to him. Ya lah kan, bercinta 3 tahun, lama betul eventhough her father was against their relationship. Sedihnya, it was Heart yang broke up with him when he was taping his teleserye here in Malaysia with our local Carmen Soo (last seen dalam ‘Afdlin Shauki 'Baik Punya Cilok jadi anak tuan punya pajak gadai yang buta tu).*

Talking about Jericho (he is one of my fav Pinoy star besides Piolo Pascual and John Llyod Cruz)., ler's just say that he is famous for his role such as Angelo BuenaVista, which made him well-known worldwide when ABS paired him to Kristine Hermosa in prime time soap opera which they called teleserye (kat Filipin depa kata teleserye, kalau kat Indon kata Sinetron) – “Pangako Sa’yo and as Christian Soriano in Sana’y Wala Ng Wakas.” He took a break from acting when an epic teleserye entitled ‘Ang Panday’ was a failure in terms of ratings, however, through that series he met his ex girlfriend Heart Evangelista. Later, he spends more time in music. He became vocalist and composer of Jeans band and he launched his debut album here in Kuala Lumpur tajuk ‘Loose Fit’ In fact, Fauzi Marzuki jadi sound engineer for this album and dia penah nyanyi one of his singles tajuk ‘Coming Out’ during Muzik Muzik. ( Masa launching album tu, I went with other avid fans of his kat KLCC, met him in person dan memang la, he is sooo GWAPO (dimple dia yang mahal tu).


His Debut album 'Loose Fit'

Soon after, Jericho was launched as a solo artist and promoted his self titled album ‘Jericho’ under EMI Music.

Jericho's New Album

Unfortunately, I’m not able to watch his latest drama offering, “Kahit Isang Saglit” because of my busy schedule. Despite his 3 year absence in acting scene, he delivered a stunning performance in Kahit Isang Saglit and his co-star Carmen Soo was equally engaging and their team-up is winning fans worldwide. Although some ratings said that the show is not performing well, tapi the former President Corazon Aquino is an avid fan of the series.(Awal Ashaari pun ada gak dalam citer ni).



With Carmen Soo

His latest offering is Dahil May Isang Ikaw with former reel partner Kristine Hermosa. (Tak sabar nak tunggu citer ni).


With Kristine Hermosa

Apa yang menarik pasal Jerico ni ya….Let’s see, he got talent and charms. Definately charms, he is charming in so many ways. Some actors got talent as well tapi dia ni has stage presence and certain qualities to the characters he’s potraying. When on-screen, he has that rare intensity and his latest performance in Baler should have won him best actor. (Tapi dia tak dapat, sebab kalah by 0.1 mata jer ngan best actor, si Chistopher De Leon.)


With Anne Curtis in Baler







Bookmark and Share

Cerita Isra' dan Mikraj : Part III

~sambungan~

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. Di dalam kerongkongnya api neraka pada hal keluar otak dripada kepalanya dan lagi mengalir ke dalam hidungnya dan segala badannya itu amat busuk lagi berputar-putar terkena penyakit yang besar dan:

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya dipotong segala daging badannya dripada hadapan hingga ke belakang daripada segala anggota dengan gunting api neraka dan:

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaanya hitam segala mukanya dan dua susunya dan api memakan isi perutnya dan:

Aku lihat seorang perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai dan di atas itu beribu-ribu warna daripada azab dan:

Aku lihat pula seorang perempuan atas rupa anjing dan api neraka itu masuk daripada bawah duburnya dan keluar daripada ia (api) daipada mulut dan segala nalaikat memukul mereka itu akan kepalanya dan badannya dengan pemukul api neraka.

Maka berdirilah Siti Fatimah RA kepada Nabi SAW lalu berkata;

"Hai kekasihku dan cahaya mataku, khabarkan olehmu apa dosa-dosa mereka itu sehingga jatuh atas sekelian mereka itu dengan berbagai-bagai siksaan itu?"

Maka sabda Nabi SAW:

Ada pun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya ; maka bahawa sesungguhnya ia tidak mahu menutup rambutnya daripada lelaki yang haram memandang dia,

Adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya, maka bahawa sesungguhnya dia menyakiti akan suaminya,

Adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka sesungguhnya ia memberikan air susunya suaminya (kepada bayi yang lain) dengan tiada izin suaminya,

Adapun perempuan yang tergantung dengan dua kakinya di dalam kerongkongnya api neraka itu; maka sesungguhnya ia keluar rumah dengan tiada izin daripada suaminya,

Adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka bahawa sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan tiada memperhiasi bagi suaminya,

Adapun perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan susunya kepada ubun-ubunnya dan djadikan atas badanya itu beberapa ekor ular dan kala dan memakan uar dan kala (akan dagingnya) an meminum dia akan darahnya; bahawa sesungguhnya ia di dalam dunia tiada hendak bersuci badannya dan tiada hendak mandi junub dan haid dan daripada nifas dan meringan-ringan akan solat;

Adapaun perempuan yang digantung akan hal keadaan buta dan tuli dan kelu, yang dalam kerongkongnya api neraka; maka sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan kepada batang leher suaminya (perempuan yang menduakan suaminya hingga mendapat anak zina dan dinyatakan anak itu hasil daripada suaminya),

Adapaun perempuan yan tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangat mengadu-ngadu (adu domba/batu api) lagi amat dusta,

Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia (mengungkit-ngunkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki mendengki.

* Semoga teks pendek ini mampu memberikan peringatan kepada kita semua: Wallahu A'lam*

My New Lipstick!

Wowen's Weekly Aug '09 Issue


Last week, I bought the above magazine and to my surpised, there's a new promotion on 26 Revlon Matte Collection...tertarik dengan rupa model Revlon si Beau Garret yang begitu classic sekali dengan make-up Matte Collection tersebut....( once upon a time, I was an avid fan of Revlon's, now I want to re-live the luxury of using Revlon's line of products). Yesterday, I went to JJ's Wangsa Maju with Fae (Anisah join us later, Cik Nor is taking her driving test the 3rd time, and finally she managed to pull thru' : Congrats dear sister, dapat la merasa naik black MyVi lepas ni ya). I bought this Mauve -It-Over matte-lipstick which in my opinion, so soft with light colour and does not feel dry upon the first application....

Mauve-It-Over

There are four shades available...but the products belum lagi display at the counter...so I am the first customer to have it...Wow gitu...(lepas ni nak try colour lain pulak)

Daniel Radcliffe slams 'stupid' homophobes

Yesterday, 01:00 pm

The 'Harry Potter' actor - who is dating actress Laura O'Toole - was raised to treat everyone equally and he thinks singling someone out because of their sexuality is wrong.

He said: "I just loathe homophobia. It's just disgusting and animal and stupid and it's just thick people who can't get their heads around it and are just scared.

"I grew up around gay people entirely. I was the only child in my class who had any experience of homosexuality or anything like that.

"I hate any type of prejudice."

The 20-year-old British star also spoke of his political beliefs and called on people to follow his decision to vote Liberal Democrat in the next election.

He added to Britain's Attitude magazine: "At the next election I will almost certainly vote Liberal Democrat.

"I don't like the New Labour thing. I never experienced the optimism of New Labour, I was too young but I hear everyone was up and it was fantastic. I've only seen the bad years of it.

"I think the reason why people don't vote is because the politicians are all so central now, it doesn't seem to matter who you vote for."

It was recently revealed Daniel has befriended a drag queen and was seen enjoying several dinners with Our Lady J, a transvestite Dolly Parton impersonator he met in New York last year.

A close friend of Our Lady J said: "Daniel is fascinated by the drag culture and is always asking questions. He went to a few shows and was made to feel very welcome.

"He's a lovely guy and he and Our Lady J got on like a house on fire. They have eaten out together and been to parties. They have become quite close."

The pair met when Daniel was performing in a production of 'Equus' last February in New York's Broadway theatre district.

~article credited to bangshowbiz.com~

* Errr, Harry Potter, are you sure what's you're heading to is right....*


Wednesday, July 22, 2009

Undeniable One Hilarious Day!

I had a one very hilarious day yesterday. Kecoh satu hal, tapi there were a few moments which I will cherish always for the rest of my life. Someone ate cookies too much sampai 'tercekik' and ,looking for water which, by right you are not suppose to, people were talking at the same time, butang baju terbuka at the wrong time and place, and finally, I embarrassed myself terribly by opening door to a wrong 'room'......, photoshoot or photoshop and many more funny things happened.. (in fact, I am still smiling at this very moment)…..

Cerita Isra' dan Mikraj dan Kebakaran: Part II

~sambungan~

Maka sabda Rasulullah SAW:
"Bahawa sesungguhnya telah aku lihat pada malam Mikraj, beberapa perempuan daripada umatku di dalam seksa yang amat sangat. Maka sangatlah salah pekerjaan mereka itu. kerana itulah yang menyebabkan aku menangis kerana keadaan mereka yang tersangat seksa."

Berkata Sayyidina Ali RA:
Ya Rasulullah, bagaimanakah engkau lihat keadaan mereka itu?"

Maka sabda Rasulullah SAW:
"Telah aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya dan:

Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya dan:

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung dengan kakinya pada hal terikat lagi terlipat dan telah mengeluarkan segala malaikat yang menyeksa itu dengan dua tangannya daripada pihak belakang lalu dilumurkan minyak tanah pada badannya dan dituangkan air panas ke dalam lehernya dan:


Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya. (Ada pun buah zaqqum itu adalah buah kayu di dalam neraka yang amat pahit dan apabila memakan mereka itu akannya, nescaya menggelegak (mendidih) segala isi perut mereka itu, dan otak dan gusi mereka itu dan keluar lidah apinya daripada mulut mereka itu) dan:

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung pada hal memakan ia akan daging dirinya manakala api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya: dan:

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung lagi menambat segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambat dua susunya pada ubunnya dan dijadikan atas badanya keadaan itu beberapa ekor ular dan kala hal keadaan memakan ia (ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia (perempuan) akan darahnya;


~to be continued~



Cerita 2: KEBAKARAN

Nampak gayanya dah 2 kali berturut kejadian kebakaran kat sini. Hari tu kat bilik MPV, kali ni pulak di level kelas khas, bangunaan bersebelahan dengan blok bilik MPV. Kami diarahkan oleh pihak JKR supaya mengosongkan bilik-bilik yang ada main suis. Makanya, bertungkus-lumuslah kami anak beranak mengemas almari, kotak-kota apa yang patut...punya la banyak.......aku dalam kelas K Ton dengan kak Yati menunggu barang-barang sampai...tapi sebelum tu aku dah berbau something...terus..

Me: Kak Ton, bau apa ni....macam benda terbakar jer
K Ton: Entah, tak bau pun (punya la kuat K ton kata dia tak bau...mushkil ni)
K Yati: Ya la, apa dia yer
Anisah: Welding la...
Kami: Oooooo welding rupanya

So kami pun teruskan la usaha murni mengemas, mengatur semua benda until:

K Yati: Ya allah Ton, terbakar dah......

Ropenya, dalam kami dok kalut-kalut angkut barang sana-sini, K Yati terpandang atas.....asap putih dah berkepul-kepul keluar dari lampu syiling....hmmmmm itu rupanya. Apa lagi.....KELUAR SEMUA.....(suara aku yang tak payah guna speaker, suara yang dah semula jadi speaker Dolby System)

Kalau keadaan macam ni berterusan lagi, mau pitam kami sorang-sorang.....

~The End~


Monday, July 20, 2009

Bulan Kelahiran dan Sifat Anda:September


* Sangat bersopan santun & bertolak ansur. * Sangat cermat, teliti & teratur. * Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik. * Pendiam tapi pandai bercakap. * Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati. * Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur. * Kerja yang dilakukan sangat sempurna. * Sangat sensitif yang tidak diketahui. * orang yang banyak berfikir. * Daya pentaakulan yang baik. * Otak bijak & mudah belajar. * Suka mencari maklumat. * Kawal diri dari terlalu mengkritik. * Pandai mendorong diri sendiri. * Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia. * Suka sukan, hiburan & melancong. * Kurang menunjukkan perasaannya. * Terluka hatinya sangat lama disimpan. * Terlalu memilih pasangan. * Sukakan benda yang luas. * Bersistematik

~Actually, when we start taking quizzes like this, we have to accept the fact that there are sifat-sifat yang sometimes we would say.....la, betul ker aku macam ni....and so on...we are in denial of our true nature and hikmahnya ialah muhasabah diri, buang jer la mana yang tak baik dan yang mendatangkan mudarat~

Cerita Isra' dan Mikraj dan Kebakaran: All in One Day Part 1

Cerita 1
Hari ni jatuhnya Isra' dan Mikraj, maka banyaklah kisah-kisah yang diceritakan oleh Nabi Muhammad SAW dalam perjalanan baginda malam itu. Antaranya dipetik dari Kitab Muhimmah karangan Sheikh Abdullah Bin Abdul Fathoni 1384 Hijrah. Diceritakan oleh Sayydina Ali RA. Adalah pada suatu hari masuk aku ke dalam rumah Nabi SAW dan ada sertaku isteriku, Siti Fatimah RA. Maka tatkala aku dekat dengan pintu, maka sabda Nabi SAW:

"Siapa yang dipintu itu?"

Maka sahut Siti Fatimah; "Kami dengan suami kami, Ali. Hamba datang untuk mengadap engkau ya Rasulullah." Maka tatkala Rasulullah membuka pintu untuk kami, tiba-tiba kami dapati Nabi dalam keadaan menangis dengan tangis yang sangat. Maka kata Sayyidina Ali RA baginya;

"Penebusmu [adalahaku, engkau bapaku dan ibuku Ya Rasulullah, apakah yang menyebabkan engkau menangis ?'

~to be continued~

~petikan credited to Mimi~


Cerita 2 : Kebakaran


Hari ni, pertama kali dalam sejarah, telah berlakunya kebakaran yang dapat disaksikan sendiri warga sekolah. Mulanya rasa macam 'fire drill', pastu berdetik dalam hati, tengah hari rembang baru nak buat fire drill....ewah marah la tu konon.....tapi bila students perempuan ni berlari-lari anak sambil menjerit kesukaan lagaknya, (depa ingat ni telemovie ke apa) baru perasan memang betullah kebakaran. Apa lagi, kelam kabut semua cikgu ngan murid lari keluar kelas. Anisah dalam kelam kabut lupa tutup suis kipas, Aya pulak lupa nak amik buku rekod...but still I managed to remain calm (tak sangka). Menurut sumbernya, when the air-conditioner was turn on, terus jadi litar pintas. So bilik MPV yang penuh ngan PC's and other electrical equipments plus langsir, triggered fire. So, api dah start merebak dekat tingkap, sambar langsir dengan kerusi meja bagai, a few PC's also caught fire and as a result, broken glass window. (Masa ni Kak Kiah panik sebab dia takut keta dia meletup...Kak Kiah, kalau keta Kak Kiah meletup, keta yang kiri kanan pun sama gak meletupnya..namely my car and Fae's).

After a while, bomba pun sampai...but we still can see fire burning inside. the room. We leave the matter in the hands of experts to do their job. It took about more than half an hour to clear the fire and students were not allowed to go near the scene. Tapi ada la jugak mamat-mamat ni yang nak tunjuk hero la konon, lalu lalang as if kebal api.....So about an hour later, we were ushered to our respective classes and lesson resume as usual...well, so much adventure in one day.....tapi ada satu statement from Kak Zakiah:
Student : Cikgu, api

K Zakiah: Saya kata duduk buat keje
Student : Betul cikgu bilik MPV terbakar (mana dia tau ntah, padahal kelas
dia
hujung dunia)


* When things like this happen, the burden lies on the teachers. After the fire, we learnt that all the Form 5 students folio were burnt down. SPM is just around the corner, so they have to work extra hard to come up with a new one*









Sunday, July 19, 2009

Micheal Owen

Micheal Owen

Semalam, secara tak sengaja tertengok soccer match between MU ngan Pilihan Malaysia kat Astro Sports Channel. Then I got a glimpse of my favourite soccer player Micheal Owen, (Kaka pun yer jugak) . Masa tu Malaysia kedudukan seri 2-2, then tetiba our goal keeper tak sempat nak selamatkan bola, terus jer Micheal Owen yang secara kebetulan was there, took the chance and there was another easy goal by MU. So I guess MU won by just 1 goal. Congrats to our Malaysian team, eventhough they lost the game, tetapi pujian harus di beri kerana mempamerkan corak permainan yang begitu menarik. Apa yang sedih is that, the stadium were full of red colours instead of yellow. Tapi nak kta apa kan, MU pun datang 10 tahun sekali. I guessed ader sorang MU fan tu mesti teruja nak tengok Christiano Ronaldo, tapi Micheal Owen yang datang.......

Boleh Baca Ke......

fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too.

Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe can.


i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg.

The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe.

Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!


~text credited to eddie's blog~

Terima Kasih Daun Keladi

Salam dan selamat pagi,

Di pagi hari Ahad yang indah ini, saya tuan punyer blog yang tak seberapa hari ni ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada pengunjung blog saya yang masuk hari dah 3 orang. Gembira rasa bila ada blog sendiri as if macam rumah sendiri di buatnya. I can write and put up anything my heart desires, and of course kongsi my happiness, my sadness and my loneliness here at my own BLOG! Thank you Cik Muz, Cik Qis (cikgu yang baikkk) and Kak Emily for dropping by this very early in the morning. Hope I can manage my blog sebaiknya dan dengan support from my cyber friends, hope that this blog will survive many years to come..

Cake Personality Test

Pick your cake, and then look to see. Take this Cake Personality Test
If you were buying a cake and you had your choice of the following, which would you choose?

* Angel food
* Brownies
* Lemon Meringue
* Vanilla with Chocolate Icing
* Strawberry Cheese Cake
* Chocolate on Chocolate
* Ice Cream
* Carrot Cake

I choose Brownies


Now that you've made your choice, this is what research says about you

Brownies . You are adventurous, love new ideas, are a champion of Underdogs and a slayer of dragons. When tempers flare up, you whip out your sabre. You are always the oddball with a unique sense of humor and direction. You tend to be very loyal.

Saturday, July 18, 2009

Same Ground by Kitchie Nadal



This song is sung by the talented Pinoy singer,Kitchie Nadal. I like to hear the sound of her voice and this song especially stress on her 'haunting yet soothing voice'. She is known for her talent in songwriting. Her songwriting has been described as “agonizingly beautiful” and her songs “completely flawless.” Hope viewers will enjoy listening to her as much as I did....

TANDAS aka TOILET

Lepas tengok HP & The Half-Blood prince tadi, perut rasa memulas yang amat sangat. Rasa sakit tu bukan dari hari ni, tapi dah 2 3 hari, naik pitam rasanya menahan sakit. Dah la HP tayang punyer la lama, dari pukul 10.30 pagi sampai pukul 1.00 baru habis. Boleh bayangkan tak berapa lama tahan sakt perut, sampai berdiri bulu roma...tapi HP punyer pasal...tahan jugak lah. Then lepas habis jer, terus bergegas cari toilet, alamak toilet yang biasa tu under construction pulak......cari pulak tandas lain. Kat hujung Ramlee Mall ada kot....rupanyer tak der (punyer la lama tak keluar, ni la akibatnya).Then I decided to turun concourse level, ya ampun....ramainyer orang beratur sampai keluar pintu.....naik atas balik pergi Level 1, lega rasanyer bila nampak tandas....tapi..(ni nak bagi tau, saya yang terlewat tau or benda tu dah lama ader)..tandas kena bayar RM2.00 Wah, tandas mana apa pulak ni sampai kena bayar 2 hinggit...last sekali masuk jer la. Ropenyer tandas tu ala-ala setaraf tandas hotel 5 bintang...patut ler.....hmmmmmmmm

Harry Potter & The Half- Blood Prince




After a long while, this is the second time I have the privilege to indulge my self in a movie. So, without further a due, I booked online tickets and off I go to KLCC. Hmmmm, boleh tahan jugak kisah kali ni. It is light on action, full of sorrow and flashbacks, and focused more on Harry and Dumbledore's final journeys together as mentor and protégé. However, I must say, some part has been scrapped off, namely the battle at Hogwarts and Dumbledore's funeral. The death of Dumbledore is one of the most significant moments of the entire HP series, and to not give its proper weight does the story damage. Finally, what can I say, after all, it is Harry Potter..........

Daniel Radcliffe @ Harry James Potter

Penggemar muzik indie




MINATNYA terhadap lakonan sudah berputik pada usia lima tahun lagi, namun Daniel Radcliffe amat bertuah kerana mampu merealisasikan impiannya seawal usia 11 tahun lagi.

Dipilih sendiri oleh penulis Harry Potter, J.K. Rowling untuk memegang watak Harry Potter, karakter itu telah mengubah hidup Daniel sama sekali.

Kini pada usia 19 tahun, pemilik nama Daniel Jacob Radcliffe atau lebih dikenali oleh dunia sebagai Harry Potter masih belum mahu meninggalkan watak itu.

Meneruskan magis dalam siri keenam Harry Potter iaitu, Harry Potter and the Half-Blood Prince, Daniel bakal dilihat dalam dua siri terakhir filem itu, Harry Potter and the Deathly Hallows bahagian I dan II masing-masing pada 2010 dan 2011.

Populariti Daniel telah menjadikan dirinya individu termuda yang bukan dari keluarga diraja untuk memiliki potret di galeri National Portrait Britian. Dia hanya berusia 14 tahun semasa potret dia dilukis oleh Stuart Pearson Wright yang mula dipamerkan pada 13 April 2006.


DANIEL merupakan antara pemuda terkaya di Britain.


Turut terlibat dalam produksi lain selain daripada Harry Potter, Daniel pernah berlakon dalam filem December Boys dan pementasan Equus yang telah mendedahkan dirinya diterjah pelbagai kritikan positif.

Kejayaan siri filem Harry Potter menjadikan Daniel antara pemuda terkaya di Britian dengan kekayaan mencecah £14 juta (RM99 juta). Namun, Daniel memberitahu dia tidak mempunyai gaya hidup yang 'mahal' walaupun memiliki kekayaan. Menghabiskan banyak duit untuk membeli buku, Daniel juga seorang yang pemurah.

Menyokong pelbagai badan amal termasuk Demelza House Children Hospice di Sittingbourne, Kent, dia juga meminta peminatnya memberikan derma sebagai hadiah hari jadinya. Ikuti petikan temu bual yang disediakan oleh 20th Century Fox mengenai perkembangan terkini Daniel Radcliffe.

Anda terkenal dengan watak Harry Potter tetapi juga pernah serius dalam menjayakan watak di atas pentas seperti Equus. Adakah anda seronok untuk terlibat dalam projek lain?

DANIEL: Memang diakui Harry Potter adalah watak yang menarik dan saya berasa seronok melakonkan watak itu. Namun, saya juga mahu menguatkan lagi sisi lakonan dalam diri saya dengan watak lain selain daripada Harry Potter.

Watak dalam pementasan Equus menampakkan perubahan dalam diri saya walaupun ada orang yang beranggapan bahawa saya mungkin akan gagal. Maka, apabila saya berjaya dalam memegang watak itu, ia amat menyeronokkan.

MENGGEMARI muzik tetapi mengakui tidak mempunyai bakat untuk menyanyi.


Harry Potter and the Half-Blood Prince merupakan edisi keenam Harry Potter. Apakah perasaan anda selepas menghabiskan penggambaran untuk dua filem seterusnya, yang merupakan siri terakhir Harry Potter?

Ia akan menjadi sesuatu yang ganjil untuk tidak kembali kepada set penggambaran Harry Potter. Mungkin saya gembira kerana berpeluang untuk 'keluar' dan melakukan benda-benda lain tetapi untuk mengetahui bahawa ia sudah sampai ke penghujung merupakan satu perasaan yang amat menyedihkan. Saya bukan sahaja terpaksa meninggalkan watak itu tetapi juga tidak akan berjumpa dengan kawan-kawan saya seperti dulu.

Siri filem Harry Potter telah menyuntik sebahagian besar elemen ke dalam kehidupan peribadi anda. Pernahkah anda menyaksikan semula filem-filem sebelumnya dan melihat bagaimana anda telah berkembang terutama dari segi lakonan?

Tidak. Ini kerana saya rasa lakonan saya tidak begitu bagus. Jadi saya tidak akan melihat lakonan saya sebelumnya. Saya mungkin sepatutnya menyaksikan filem-filem itu untuk mengambil benda-benda positif terutama dari segi lakonan yang semakin berkembang. Tapi saya agak malu untuk melihat diri sendiri pada usia itu.


WAJAH yang tidak akan mudah dilupakan peminat filem.





Pengalaman dan perasaan bekerja dengan Emma Watson dan Rupert Grint untuk sekian lama?

Saya dan Emma amat serasi kerana kami banyak menghabiskan masa bersama. Satu-satunya sebab mengapa saya dan Rupert tidak pernah bergaduh adalah kerana dia seorang yang rendah diri dan rileks. Cakap apa sahaja kepada dia tetapi dia tidak kisah. Kami amat bertuah kerana mampu bertahan dan kekal mesra untuk sekian lama.

Rupert memberitahu kami bahawa kemahiran anda bermain ping pong telah bertambah baik. Namun, dia turut memberitahu bahawa Emma telah mengalahkan semua orang?

Ya, dan ia amat menjengkelkan untuk mengetahui Emma dapat bermain ping pong dengan baik sekali. Rupert dan saya telah bermain untuk lapan bulan dan sentiasa berlatih. Kemudian Emma menyertai permainan kami dan dia amat cemerlang. Kami berdua tidak dapat mengalahkan dia. Memang teknik permainan saya telah bertambah baik tetapi saya tidak mahu bermain dengan Emma lagi (ketawa).

Anda merupakan peminat muzik indie. Ada meminati mana-mana pemuzik baru tahun ini?

Satu kumpulan bernama Vampire Weekend serta dua penyanyi wanita bernama Laura Marley dan Adel. Album kegemaran saya tahun lalu adalah The Wombats - Love, Lost And Desperation. Satu lagi kumpulan yang mungkin tidak dikenali orang adalah Beirut. Mereka mempunyai dua buah album dan kedua-duanya amat menarik. Saya juga suka Mars Volta dan album terakhir My Chemical Romance walaupun tidak pernah menyukai muzik mereka sebelum ini.

Anda pernah terfikir untuk menjadi penyanyi? Khabarnya, anda selalu pergi menyanyi karaoke.

Tidak, saya tidak mempunyai bakat secukupnya. Namun, saya amat cemerlang menyanyi karaoke. Lagu Rock and Roll Suicide oleh Bowie adalah kepakaran saya.

Adakah Harry Potter and the Half-Blood Prince akan menunjukkan sisi lain Harry Potter?

Terdapat lebih banyak perselisihan antara Ron dan Hermione berbanding dengan Harry. Namun, Harry tidak gembira dalam filem itu kerana ramai orang sentiasa cuba untuk membunuhnya. Ditambah dengan kehidupan cintanya yang teruk, hidup dia memang kelam. Itu adalah kepakaran penulis, JK Rowling dalam menggabungkan masalah yang dihadapi setiap hari walaupun di dalam dunia magis.


KETIGA-TIGA Daniel, Emma dan Rupert menjalinkan persahabatan di dalam dan di luar set penggambaran Harry Potter.


Siapa pelakon kegemaran anda yang memberikan inspirasi kepada lakonan anda?

Gary Oldman ialah pelakon paling hebat. Imelda Staunton dan David Yates juga bagus. Mereka semua memberikan inspirasi kepada saya tetapi saya lebih menyukai Gary kerana minat dan keterujaan dia dalam lakonan menarik perhatian saya. Rasanya dia dan Daniel Day-Lewis merupakan pelakon paling hebat untuk generasi mereka.